Friends

Wednesday, March 2, 2011

BIMBINGAN RASULULLAH MERAWAT MIGRAIN / PENING KEPALA



Assalamualaikum dan selamat malam...
kali ni aku terasa nk kongsi something dengan readers  :)
nk share pasal pening kepala...
hye kenapa aku nk citer pasal ni??
sebab semenjak 2 menjak ni aku asyik pening kepala jer..
.
kalau time nk sujud tuh memang berat sgt kepala aku ni...
tu yg aku takut kot2 ade penyakit ke ape kan...
hopefully jgn la ade pape..
family sume jauh.... :(
artikel ni aku ambil dr sini...
enjoy ur reading  :)

Sebagaimana yang telah kita pelajari,migraine adalah suatu penyakit yang tidak diketahui puncanya.Mungkin ramai diantara kita yang menghidap penyakit ini dan kadang kala boleh mengganggu study.Sehingga kini,migraine tidak mempunyai ubat.Kebiasaannya,apabila kita ke klinik,doctor akan memberi pain killer sahaja,untuk megurangkan sakit,bukannya menyembuhkan.  Abu Nu aim menyebut dalam kitab At-Tibbun Nabawi : Migrain/pening kepala pernah dihidapi oleh Rasulullah 1 atau 2 hari,hingga Baginda tidak keluar rumah.Diriwayatkan dari Ibnu Abbas,bahawa Rasulullah pernah berkhutbah di hadapan para sahabat dengan kepala masih berbalut kain.Di dalam kitab Ash-Shahih disebutkan bahawa ketika sakit menjelang wafatnya,Baginda berkata : aduh kepalaku .Baginda mengikat kepalanya pada waktu sakit.   Membalut bahagian kepala boleh mengatasi migrain dan sakit kepala lainnya.Rawatan terhadap penyakit ini berbeza-beza bergantung kepada jenisnya.Ada kalanya,migraine boleh disembuhkan dengan muntah,makan,rehat atau mengikat kepala.Ada juga pendapat mengatakan bahawa menyejukkan atau mengahangatkan kepala boleh menyembuhkan migraine.Malah ada yang mengatakan kita perlu bercakap dan melakukan aktiviti untuk menghilangkan sakit kepala.   Jika seseorang sakit kepala kerana panas terik mentari,penyembuhannya dengan inai adalah sangat mujarab.Caranya ialah inai itu ditumbuk dengan halus dan dicampur dengan cuka untuk dibalurkan dan dibalut di kepala,sakit kepala akan terus berkurangan.   Inai mengandungi
tenaga yang boleh menagatasi pening.Jika dibalur dan diikat di kepala,pasti boleh menghilangkan rasa sakitnya.Bahkan ia tidak hanya berlaku untuk penyakit kepala sahaja,juga boleh untuk membalut bahagian tubuh yang bengkak dan radang,boleh meredakannya.   Hadis riwayat Al-Bukhari dalam Tarikhnya dan oleh Abu Daud dalam As-Sunan bahawa Rasulullah s.a.w setiap kali ada orang yang datang menemui Baginda menceritakan sakit di kepalanya,pasti Baginda s.a.w bersabda : berbekamlah .Dan setiap kali orang menceritakan sakit di kakinya kepada Baginda,Baginda berkata :  Gunakan inai untuk membalurnya   Inai mempunyai sifat sejuk sekali,namun juga kering.Kekuatan pada pokok dan dahan
ini merupakan gabungan dari kekuatan semacam unsur air yang panas dan stabil,dengan tenaga
pengikat yang berpunca dari unsur tanah yang sejuk pula. Di antara khasiatnya misalnya untuk mengubat luka
terbakar.Inai juga mengandungi tenaga yang sesuai dengan saraf jika digunakan sebagai pembalut.Bahkan jika
dikunyah amat sesuai untuk merawat sariawan dan bibir-bibir pecah,juga boleh merawat pecah-pecah pada mulut bayi.Jika dibalurkan,amat sesuai untuk merawat bengkak dan radang.Juga boleh untuk mengeluarkan mata bisul. Jika serbuknya dicampur dengan lilin bening dan minyak mawar,boleh digunakan untuk sakit pinggang.  Dia antara khasiat lainnya iaitu pada anak kecil yang mula diserang cacar air,kemudian bahagian kakinya dibalut dengn inai,maka bahagian matanya akan selamat dari serangan cacar.Ini memang benar dan sudah terbukti mujarab,tidak diragukan lagi.Jika serbuknya dibubuhkan di kain wol,boleh menyegarkannya dan mencegahnya dari ulat.Jika daunnya sahaja jatuh ke dalam air,boleh mengubah rasa air itu menjadi nikmat hingga ke dasarnya.Boleh diperah dan diminum airnya hingga 40 hari,setiap harinya boleh diminum 20 sudu ditambah dengan 10 sudu gula.Juga boleh merawat gejala penyakit kusta secara ajaib sekali.   Dikisahkan bahawa seorang lelaki yang kuku-kuku tangannya pecah-pecah.Ia bersedia memberi banyak wang kepada sesiapa yang boleh menyembuhkannya,namun tidak juga diketemui orang yang dikehendakinya.Suatu ketika ada seorang wnita memberi ramuan kepadanya untuk meminum air inai selama 10hari,tetapi ia masih ragu.Akhirnya ia cuba memeras dan meminum airnya.Ternyata ia sembuh.Kuku-kuku tangannya menjadi elok semula.   Jika inai itu dijadikan krim untuk membalur jari-jari tangan,akan berfungsi memperindah dan mengilatkannya.Jika diadun dengan minyak samin,dan dibalurkan ke sisa peradanagn yang sudah mengeluarkan cairan kuning,juga bermanfaat.Juga boleh menyembuhkan kudis yang sudah lama,secara ajiab sekali.Boleh berfungsi menumbuhkan rambut,menguatkan dan memperindahnya.Juga boleh menguatkan kepala.Boleh melindungi dari bintikbintik dan jerawat yang tumbuh di betis,kaki dan seluruh tubuh.Selamat mencuba..   WALLAHU ALAM..

p/s : alhamdulillah lepas solat isyak td, pening dah berkurangan sikit dr siang td :)


    
erkkk.. esok BIG BOSS KKM mau dtg kolej...grrrr... =.=




1 comment:

  1. LuV DiS eNTRy CoZ SaYeR PNGiDaP PiGRaiN... HuHu!~ THaNKS 4 D iNFo... (^_____^)V

    ReplyDelete

just tinggalkan komen kalian di sini yaa :)